15 February 2011

Layang-layang Padi (Collocia esculenta)

Ciri-ciri :
Bersaiz lebih kecil berbanding layang-layang gua dan sarang hitam dengan panjang keseluruhan bagi burung matang lebih kurang 10cm. Bahagian atas berwarna kehitaman dengan warna hijau serta biru berkilat dan bahagian atas dada berwarna kelabu gelap, kadangkala hujung bulu berwarna lebih pudar. Tidak mempunyai berekolokasi iaitu menggunakan pantulan gema ketika terbang di dalam suasana yang gelap.

Sarang :
Sarang berbentuk separuh piring. Diperbuat daripada lumut dan lalang. Menggunakan air liur untuk melekatkan sarang pada permukaan dinding dan untuk mencantum lalang dan lumut. Boleh didapati di bawah jambatan, pembentung dan rumah lama yang ditinggalkan.


Layang-layang Sarang Hitam (Aerodramus maxima)

Ciri-ciri :
Panjang keseluruhan bagi burung matang antara 12cm-13.5cm. Tarsus berbulu. Warna leher ke bawah dada adalah seragam manakala semakin gelap pada bahagian dagu (pudar sedikit berbanding bahagian telinga). Terdapat garis di bahagian bawah tongkeng dengan berwarna lebih pudar. Mempunyai kebolehan berekolokasi iaitu menggunakan pantulan gema ketika terbang di dalam suasana yang gelap.

Sarang :
Sarang berbentuk separuh piring. Diperbuat daripada air liur dan berbulu. Sarang berwarna kelabu kehitaman. Boleh didapati di bahagian dalam gua habitat semulajadi dan rumah yang dibuat khas bagi bagi layang-layang.


Layang-Layang Gua (Aerodramus fuciphagus)

Ciri-ciri :
Panjang keseluruhan bagi burung matang antara 11cm-12cm. Tarsus tidak berbulu. Warna garis di bahagian bawah tongkeng, bahagian bawah dada, perut dan bahagian bawah ekor lebih gelap. Mempunyai kebolehan berekolokasi iaitu menggunakan pantulan gema ketika terbang di dalam suasana yang gelap.

Sarang :
Sarang berbentuk separuh piring. Diperbuat daripada air liur dan bewarna putih. Boleh didapati dipermukaan gua bagi habitat semulajadi dan rumah yang dibuat khas bagi burung layang-layang.



09 February 2011

Audio Testing Rumah Burung Walit Kg. Darat Sg. Ular, Kuantan

video ini diambil pada pagi 9 Februari 2011





Proses Pembinaan Rumah Burung Walit Solar Di Kg. Darat Sg. Ular, Kuantan (sehingga 4 Februari 2011)

lubang masuk burung walit

dari tepi rumah burung walit

kerja-kerja plaster lubang masuk burung walit

kerja-kerja plaster dinding rumah burung walit

rumah burung walit yang hampir siap

rumah burung walit Kg. Darat Sg. Ular, Kuantan

01 February 2011

Proses Pembinaan Rumah Burung Walit Solar Di Kg. Darat Sg. Ular, Kuantan (sehingga Februari 2011)

Berikut adalah preview terbaru kerja-kerja pembinaan rumah burung walit yang menggunakan sistem solar di Kg. Darat Sg. Ular, Kuantan.


pandangan dalam rumah burung

pandangan rumah burung dari luar
pekerja yang menjaga bahagian atas rumah burung

panel solar rumah burung

mengangkat panel solar ke bahagian atas rumah burung

menaikkan panel solar ke atas rumah burung

kerja-kerja mengangkat panel solar rumah burung

panel solar yang telah dinaikkan ke atas rumah burung

kerja-kerja memasang panel solar

pekerja sedang memasang panel solar


pandangan pintu masuk rumah burung

bahagian dalam rumah burung

3 meter dari rumah burung

pandangan dari luar rumah burung

lubang masuk burung walit/layang-layang