15 February 2011

Layang-layang Padi (Collocia esculenta)

Ciri-ciri :
Bersaiz lebih kecil berbanding layang-layang gua dan sarang hitam dengan panjang keseluruhan bagi burung matang lebih kurang 10cm. Bahagian atas berwarna kehitaman dengan warna hijau serta biru berkilat dan bahagian atas dada berwarna kelabu gelap, kadangkala hujung bulu berwarna lebih pudar. Tidak mempunyai berekolokasi iaitu menggunakan pantulan gema ketika terbang di dalam suasana yang gelap.

Sarang :
Sarang berbentuk separuh piring. Diperbuat daripada lumut dan lalang. Menggunakan air liur untuk melekatkan sarang pada permukaan dinding dan untuk mencantum lalang dan lumut. Boleh didapati di bawah jambatan, pembentung dan rumah lama yang ditinggalkan.


0 comments:

Post a Comment