15 February 2011

Layang-layang Sarang Hitam (Aerodramus maxima)

Ciri-ciri :
Panjang keseluruhan bagi burung matang antara 12cm-13.5cm. Tarsus berbulu. Warna leher ke bawah dada adalah seragam manakala semakin gelap pada bahagian dagu (pudar sedikit berbanding bahagian telinga). Terdapat garis di bahagian bawah tongkeng dengan berwarna lebih pudar. Mempunyai kebolehan berekolokasi iaitu menggunakan pantulan gema ketika terbang di dalam suasana yang gelap.

Sarang :
Sarang berbentuk separuh piring. Diperbuat daripada air liur dan berbulu. Sarang berwarna kelabu kehitaman. Boleh didapati di bahagian dalam gua habitat semulajadi dan rumah yang dibuat khas bagi bagi layang-layang.


0 comments:

Post a Comment