03 May 2011

Kursus Burung Layang- Layang

MARA Pahang akan mengadakan kursus berkenaan burung layang-layang dan sijil kehadiran akan dikeluarkan pada semua peserta. 


Penceramah : En Dr. Azman Bin Hj Othman 
Tarikh           : 2hb Julai 2011 (Sabtu)
Masa              :  8.30 pagi - 4.00 ptg
Tempat         : 
Dewan Pusma, Pejabat Mara Pahang
Yuran            : RM200/org 


Untuk tempahan sila hubungi : 
          En. Abd Jalil - 0129883690 (Pegawai MARA)
           Puan Emilia - 095131298


p/s - En Dr. Azman Bin Hj Othman merupakan seorang pengkaji burung layang-layang di   PERHILITAN

Hasil Rumah Burung Walet Yang Telah Siap

gambar pintu masuk rumah burung walet (pintu keluli double wall)

gambar sudut rumah burung walet

gambar pintu masuk burung walet

11 March 2011

Kursus Burung Layang-layang Anjuran MARA Pahang

MARA Pahang akan mengadakan kursus berkenaan burung layang-layang dan sijil kehadiran akan dikeluarkan pada semua peserta. 

Penceramah : En. Dr. Azman Bin Hj Othman ( PERHILITAN ) 
Tarikh : 2hb April 2011 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi - 4.00 ptg
Tempat : Dewan Pusma,  Pejabat Mara Pahang
Yuran : RM200 /org


Untuk tempahan sila hubungi :

En Abd Jalil  (Pegawai MARA)  0129883690

p/s - En. Dr. Azman Bin Hj Othman merupakan seorang pengkaji burung layang-layang



15 February 2011

Layang-layang Padi (Collocia esculenta)

Ciri-ciri :
Bersaiz lebih kecil berbanding layang-layang gua dan sarang hitam dengan panjang keseluruhan bagi burung matang lebih kurang 10cm. Bahagian atas berwarna kehitaman dengan warna hijau serta biru berkilat dan bahagian atas dada berwarna kelabu gelap, kadangkala hujung bulu berwarna lebih pudar. Tidak mempunyai berekolokasi iaitu menggunakan pantulan gema ketika terbang di dalam suasana yang gelap.

Sarang :
Sarang berbentuk separuh piring. Diperbuat daripada lumut dan lalang. Menggunakan air liur untuk melekatkan sarang pada permukaan dinding dan untuk mencantum lalang dan lumut. Boleh didapati di bawah jambatan, pembentung dan rumah lama yang ditinggalkan.


Layang-layang Sarang Hitam (Aerodramus maxima)

Ciri-ciri :
Panjang keseluruhan bagi burung matang antara 12cm-13.5cm. Tarsus berbulu. Warna leher ke bawah dada adalah seragam manakala semakin gelap pada bahagian dagu (pudar sedikit berbanding bahagian telinga). Terdapat garis di bahagian bawah tongkeng dengan berwarna lebih pudar. Mempunyai kebolehan berekolokasi iaitu menggunakan pantulan gema ketika terbang di dalam suasana yang gelap.

Sarang :
Sarang berbentuk separuh piring. Diperbuat daripada air liur dan berbulu. Sarang berwarna kelabu kehitaman. Boleh didapati di bahagian dalam gua habitat semulajadi dan rumah yang dibuat khas bagi bagi layang-layang.


Layang-Layang Gua (Aerodramus fuciphagus)

Ciri-ciri :
Panjang keseluruhan bagi burung matang antara 11cm-12cm. Tarsus tidak berbulu. Warna garis di bahagian bawah tongkeng, bahagian bawah dada, perut dan bahagian bawah ekor lebih gelap. Mempunyai kebolehan berekolokasi iaitu menggunakan pantulan gema ketika terbang di dalam suasana yang gelap.

Sarang :
Sarang berbentuk separuh piring. Diperbuat daripada air liur dan bewarna putih. Boleh didapati dipermukaan gua bagi habitat semulajadi dan rumah yang dibuat khas bagi burung layang-layang.



09 February 2011

Audio Testing Rumah Burung Walit Kg. Darat Sg. Ular, Kuantan

video ini diambil pada pagi 9 Februari 2011